Tuesday, 15 September 2015

Salam Malaysia's Day!!!

Posted by Unknown at 21:24 0 comments
Salam World!

Aku bangun lewat arini..bagaikan tiada apa-apa yang special. Cuti. Macam cuti biasa. Argh memang tiada nilai patriotisme. Seharusnya aku perlu disekolahkan semula! Muak dengan perangai sendiri.

Idea nak menulis ni memang tak selalunya datang..aku bukan pandai menulis pun. Aku pandai merapu aje..

Ok. Sempena Hari Malaysia jatuh pada hari ini 16 September, aku nak stori sikit ape itu Hari Malaysia. Hari Malaysia ni hari yang disambut untuk memperingati penubuhan Malaysia yang mana menandakan penyertaan Sabah, Sarawak bersama Tanah Melayu. 

Sejak bila agaknya Hari Malaysia dijadikan cuti am? Hari Malaysia ni jadi cuti am di setiap negeri since 2010 lagi..tau..mesti ramai yang over suka kan? Disebabkan aku stay di Sarawak buat masa sekarang ni, aku terasa jugak la kepentingan Hari Malaysia ni..ingat! Hari penubuhan Malaysia! Sape yang tak sentimental kan?


Jom berpatriotik!








Tuesday, 1 September 2015

Diari Awam

Posted by Unknown at 21:59 0 comments
Assalam...


Aku namakan ini sebagai Public Diary. PD ni suatu luahan yang aku harapkan dapat memberi sedikit pengajaran terutamanya kepada aku. Segala apa yang aku rasa aku lahirkan melalui penulisan yang tak seberapa...penulisan melambangkan peribadi penulis tersebut..ye, aku percaya! Walau kadang-kadang kita hipokrit! sebab bila negatif ayatnya, maka sifat yang lahir dari kita adalah negatif juga. Kita dah aktifkan aura negatif dalam diri. 


Aku selesa di sini..bagi aku facebook terlalu awam..bimbang tersalah faham dengan status aku barangkali..di sini aku sedikit bebas bercerita. Kenapa sedikit bebas? Kerana hanya yang boleh menerima sahaja akan meneruskan pembacaan. 



Aku menulis bukan kerana aku hebat. Jika orang mengenali aku, tahu sejauh mana aku yang sebenarnya...orang kata aku POYO! Biarlah. Allah mengetahui niat aku. Aku mencuba untuk menjadi lebih baik. Dan aku harap ini juga merupakan salah satu ikhtiar. 




Aku creditkan semua pic aku ni. Aku ambil dari gugel..


Yang Menulis Untuk Diri Sendiri
-Iz Aminallah






Saturday, 29 August 2015

Sebulan Yang Padat

Posted by Unknown at 23:37 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim...Salam Ahad...

Lame pulak aku berhenti menghapdet aku punye blog ni..jangan kate aku hangat2 tahik ayam...(walaupun aku memang spesis mcm tuuu..LOL)..siryesly aku sibuk amat lately ni..terutama dalam seminggu baru ni...bukan alasan...tapi sekolah aku ada acara sukan tahunan..so priority aku kepada anak2 sekolah aku...nak latih lagi..nak pujuk students masuk acara lagi..penat! Tapi jujur aku cakap aku suke! Tak percaya sudah! 

Aku nak hapdet pic sebenarnya..tapi aku xde sumber pic..haha! Kenyataan bongok kan? Siryesly..aku hanye ade hanset cabuk! Sangat cabuk tapi aku bersyukur..itu je rezeki aku...belum ade rezeki nak memiliki DSLR ke..iPhone ke..tadek! If ade..kompem penat lappy aku ni nk loading pic..haha!

Aku ingat aku nak mintak ihsan cikgu cikgi sekolah aku punye pic..bukan ape..aku kesian tengok dierang dah macam photographer ops bukan..dah macam paparazzi, yez paparazzi! Paling sinonim kot..haha..duk cari orang yg photogedik nak di snap pic...siap macam-macam posisi carik angle terbaik! Rugi la kalau aku tak ambil pic dierang kan..biar aku mempublisitikan sikit kat dalam blog aku yang suam-suam kuku ni..

Nanti la aku hapdet apa yang berlaku sepanjang sukan sekolah 2015 ni..Macam biasa..aku cerita panjang-panjang bukan korang baca sampai abis pun..dah #kbye

Ni progress sebelum hari kejadian.



Nama rumah sukan zamrud  =  hijau


Pembinaan tembok konon..hurmmm

Mengerah students,,haha..tedahhh..

Cukup sampai sini je..nanti aku sambung..itupun kalau korang rajin nak baca...#kbye kali kedua


Yang Menulis Untuk Diri Sendiri
-Iz Aminallah




Monday, 24 August 2015

Sukarnya Mendapatkan Kemaafan

Posted by Unknown at 00:15 0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..



Puas aku fikir..boleh ke aku up entri ni..sesungguhnya aku tak layak menulis mengenai kemaafan..betapa perlu aku menjaga hati-hati manusia. Aku manusia biasa..maaf andai terguris. Entri ini bukan ditujukan kepada sesiapa..tapi peringatan kepada aku. Penyakit hati manusia..Aku juga memilikinya..

Sukarnya mendapatkan kemaafan tak sesukar memberikan kemaafan..kita selalu cakap yang kita boleh maafkan orang tapi tak akan boleh melupakannya. Kenapa? Kerana hati belum ikhlas sepenuhnya memaafkan..Hebatkah kita untuk tidak memaafkan? Kita manusia. Dia juga manusia. Sama. 
Tanya: Antara kita dengan dia itu siapa lebih sempurna?

Dari Abu Hurairah r.a meriwatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, "Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberikan maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membals dendam." (HR Baihaqi)

Firman Allah bermaksud: "Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa". -Surah al-Baqarah ayat 237.

Ntah. Aku pun bukan pandai sangat memberikan maaf..if betul-betul aku memaafkan, kenapa aku masih ingat bulat-bulat? Bahayanya penyakit hati..Azam aku lepas ni. Memaafkan orang SETIAP MALAM SEBELUM TIDUR. Mula-mula memang ikhlas itu tak sampai..tapi aku percaya insyaAllah suatu masa ikhlas itu dengan sendirinya ia hadir..




p/s: untuk kamu

Yang Menulis Untuk Diri Sendiri
-Iz Aminallah

Sunday, 23 August 2015

Bogoshipo

Posted by Unknown at 23:11 0 comments
Salam malam..


Aku menulis sambil mendengar lagu..Aku sengaja pilih lagu yang jiwang2 konon. Aku rindu! Rindu yang tak tertanggung..Aku tak minta ia datang. 

Urghh..aku duduk berjauhan dengan family ni menjadikan aku macam budak2..cengeng! And sebenarnya aku memang macam ni sejak azali lagi. Aku belajar untuk menjadi lebih matang. Lebih berdikari. Aku sedang mencuba..

Hebatnya percaturan Allah...menghantar aku jauh dari family sedikit demi sedikit. Aku salah seorang dari manusia yang tak pernah berjauhan dengan family. Orang kata aku anak manje..mungkin! Aku bukan sengaja. Tapi hidup kebergantungan dengan keluarga menjadikan aku seperti ini. Perempuan cengeng!
cr: google



p/s: jujur aku rindu itu! 
dari gugel jugak



Yang Menulis Untuk Diri Sendiri
-Iz Aminallah

New Blog New Post New Life

Posted by Unknown at 14:43 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim,,,

First aku pun tak tahu kenapa aku nak buat blog baru...kenkonon nak try ubah url blog lame je..sebab konon nak buat blog baru nak guna url blog lame..bole gitu? Haah nampak sangat pandir dalam dunia berblogging..Last2 aku search blog lame aku dah tadek! Lagi haru aku search blog lame dengan url yang baru pun tadek! Pandir kuase dua!

Aku berhajat nak mulakan life baru dengan blog baru..
(Padahal sebab blog lame tu dah berhabuk siap ade sarang labah-labah). Aku suka sesuatu yang aku boleh memberi manfaat atau aku mendapat manfaat darinya..dengan harapan blog aku ni dapat memberikan sedikit sumbangan kpd pembaca..aku bukan nak jadi blogger terkenal. Tak terlintas! Aku cuma berharap dengan aku menulis di sini dapat memberikan aku sedikit ilmu yang bermanfaat..insyaAllah...


Yang Menulis Untuk Diri Sendiri
-Iz Aminallah







 

Iz Aminallah Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos