Monday 24 August 2015

Sukarnya Mendapatkan Kemaafan

Posted by Unknown at 00:15
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..



Puas aku fikir..boleh ke aku up entri ni..sesungguhnya aku tak layak menulis mengenai kemaafan..betapa perlu aku menjaga hati-hati manusia. Aku manusia biasa..maaf andai terguris. Entri ini bukan ditujukan kepada sesiapa..tapi peringatan kepada aku. Penyakit hati manusia..Aku juga memilikinya..

Sukarnya mendapatkan kemaafan tak sesukar memberikan kemaafan..kita selalu cakap yang kita boleh maafkan orang tapi tak akan boleh melupakannya. Kenapa? Kerana hati belum ikhlas sepenuhnya memaafkan..Hebatkah kita untuk tidak memaafkan? Kita manusia. Dia juga manusia. Sama. 
Tanya: Antara kita dengan dia itu siapa lebih sempurna?

Dari Abu Hurairah r.a meriwatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, "Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberikan maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membals dendam." (HR Baihaqi)

Firman Allah bermaksud: "Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa". -Surah al-Baqarah ayat 237.

Ntah. Aku pun bukan pandai sangat memberikan maaf..if betul-betul aku memaafkan, kenapa aku masih ingat bulat-bulat? Bahayanya penyakit hati..Azam aku lepas ni. Memaafkan orang SETIAP MALAM SEBELUM TIDUR. Mula-mula memang ikhlas itu tak sampai..tapi aku percaya insyaAllah suatu masa ikhlas itu dengan sendirinya ia hadir..




p/s: untuk kamu

Yang Menulis Untuk Diri Sendiri
-Iz Aminallah

0 comments:

Post a Comment

 

Iz Aminallah Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos